Subscribe:

Saturday, August 11, 2012

Ciri-ciri Kaki Kikis

Hello peeps....

aku ada lah beberapa contoh yang aku rsa reminder awal untuk korang jauhkan diri. kalau tak duit melayang. kaki kikis ni tak semestinya sesama kekasih je, antara kawan pun ada juga terjadi kikis mengikis ni. kikis mengikis ni banyak situasi dia.

so, ini beberapa situasi yang korang patot beware dan pergi jauh-jauh dari mendekati mereka si pengikis ni..,

Situasi 1 : kau minat kat perempuan tu dan baru je berkenalan dengan perempuan tu tak sampai sebulan atau setahun pun, tapi di awal perkenalan dia dah berani buat macam ni..


Lelaki pom ada yang buat macam ni tp xla sampai tahap rm500..this is no good.

okay,kalau dah awal-awal macam ni..sila lari dulu. By the way, lelaki pun ada perangai macam ni. Kawan aku pernah buat macam tu. kawan ak tu suka minta macam-macam. kalau tak belikan dia kata. "oo patot la you tak belikan i seluar tu hari tu, you ada lelaki lain rupanya!!". Nasib baik perempuan tu dah tinggalkan die,kalau tak kesian kat perempuan tu asyik kena kikis je...contoh diatas tidak boleh dicontohi oleh sesiapa pom...ok2 that is no good....

Situasi 2 : kau pergi keluar makan ramai-ramai dengan kawan dan memang sepatutnya masing-masing pay sendiri lah tapi end up begini....

sama-sama makan dan seronok berbual time makan.

Tapi bila time nk bayar, semua buat tak tahu dan hope salah sorang keluarkan wallet untuk settle kan semua for them. semua senyap tinggal bunyi cengkerik "krik krikk krikkk" when it comes to bill.


Bila dah nak balik just cakap, "thanks for the meal" padahal orang yang kena buli tu tak kata pun nak belanja. Tak baik buat kat orang macam ni, kita tak tahu keadaan kewangan die macam mane. Kot dalam bank tinggal RM15 je ke, kita suka-suka je tricked orang suruh bayar bill kita pulak. Mana boleh, kita patot faham la, pandai-pandai lah bawa keluar duit untuk pay sendiri punya makan. Tinggal je kawan macam ni, tak guna...


Situasi 3 : Setiap kali keluar mana-mana dengan kawan

"Eh, pakai duit kau dulu eh. Wallet ak tertinggal dalam kereta la."

"Eh, pakai duit kau dulu eh. Aku belum keluarkan duit dalam bank lah."

"Eh, pakai duit kau dulu eh. Duit ak cicir la. cian aku."

"Eh pakai duit kau dulu eh. Nanti aku bayar balik"

lepas tu tak bayar. Buat-buat lupa nk bayar

atau...

Naik taxi sama-sama, lepas tu salah seorang wakil tolong  bayarkan taxi dulu sebab masing-masing takde duit kecik. Lepas turun taxi, sorang pun tak ingat nk bayar balik.


Situasi 4 : kau nak jual barang kat dia dan dia setuju untuk bayar dengan harga dengan harga itu dan secara cash. Tapi bila dia dah dapat barang tu, dia taknak pay by cash pulak. Dia nak deal dengan cara lain. Nak buat pertukaran barang macam system barter pulak. contoh, kau jual handbag kau dengan harga RM200 tapi dia nak bagi kau barang lain macam baju ke, belanja kau makan ke untuk dijadikan pertukaran wang RM200 tu..tp asenya xlogik benda ni akan berlaku kan2...

Kalau dia bagi baju pun, duit lebih penting dari baju tu rasanya. Ada duit boleh beli susu anak ke, barang dapur ke. Kalau dia bagi baju nk buat apa? Baju yang dah ada pun memang dah tersedia banyak. Dah deal dengan cash tapi tiba-tiba nak buat barter system plak..


ni la sistem barter yang org dulu2 guna tp skang biasanya dilakukan oleh jiran2 yang berdekatan je

Mengambil kesempatan untuk kepentingan diri memang digelar sebagai kaki kikis terutama yang melibatkan wang.. Tak baik tau ikot perangai macam ni, kesian kat kawan-kawan kita..kita asyik pau je die. kite tak fikir pulak dari mana dia dapat wang tu,kita pulak senang2 je kikis dia.so hati-hati lah korang kalau berkawan dan bercouple jgk..jangan lah berharap sangat kau akan kahwin dengan makwe/pakwe ko tu. Jodoh kite tak tau lagi dengan sapa. Jangan nak habiskan duit sangat beli hadiah yang mahal-mahal ..Kalau nak beli,beli yang murah-murah jew..

~That all from me~  ....kebanyakan ayat diats ak copy org punya..sory ye

Saturday, August 4, 2012

Najib hantar surat minta wakil bincang royalti



Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.


   
Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

Beliau juga turut memaklumkan berita ini dalam tazkirah Subuh yang disampaikan beliau sebaik sahaja selesai solat Subuh di Masjid Pulau Melaka, bersebelahan rumahnya pagi ini.

Kelantan sejak sekian lama memperjuangkan agar Petronas membayar royalti minyak kepadanya berdasarkan telaga minyak yang ada berdekatan dengan pantai Kelantan.

Namun, kerajaan Pusat hanya membayar wang ehsan kepada wakilnya, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang ada di Kelantan dan bukannya kepada kerajaan negeri sebagaimana yang tercatat dalam perjanjian.

Ekoran itu, Kerajaan Negeri Kelantan telah memfailkan saman terhadap Petronas namun kerajaan pusat memohon untuk menjadi defendan bersama.

Baru-baru ini, anggota Parlimen Gua Musang yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah meminta kerajaan pusat menyelesai isu royalti Kelantan ini sebelum pilihan raya umum ke 13.

"Surat ni diterima oleh Setiausaha Sulit saya, Encik Rosdi (Mohamad). Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," kata Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily. 





   (Gambar: Pertemuan terakhir antara Najib dengan Tuanku Sultan Kelantan baru-baru ini)



Sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau akan menghadap Tuanku Sultan Kelantan untuk membincangkan perkara ini.

Yang menariknya, istilah yang digunakan dalam surat ini adalah pembayaran 'bayaran tunai'.

Jawatankuasa ini pula akan bersidang dalam tempoh enam bulan bagi menentukan pembayaran ini.


Reaksi


Sementara itu, Tuan Guru Nik Aziz menyambut baik keputusan kerajaan ini dan menyifatkannya sebagai keberkatan bulan Ramadhan.

"Semoga Allah membuka pintu hati kerajaan Pusat selepas jawatankuasa ini bersidang," katanya.

Beliau juga beranggapan, apa yang berlaku ini sedikit sebanyak adalah berkat doa rakyat Kelantan termasuk 40 orang ulama yang pergi ke Mekah sebelum ini untuk bermunajat kepada Allah agar diselesaikan isu ini segera.

Beliau juga meminta semua rakyat Kelantan terus berdoa agar pembayaran royalti ini menjadi kenyataan.

Tuan Guru Nik Aziz juga berkata, beliau sangat gembira jika bayaran royalti ini menjadi kenyataan tetapi sedar ia adalah satu amanah besar dari Allah.

"Harta kerajaan ini tidak boleh buat pandai-pandai, harta sendiri pun tidak boleh buat ikut sedap je," kata beliau.


Jadi kenyataan

Jika bayaran ini menjadi kenyataan bermakna apa yang dikatakan oleh dua wakil kerajaan Pusat di Kelantan selama ini bercanggah dengan surat Perdana Menteri ini, kata Tuan Guru Nik Aziz.

"PM nak buat jawatankuasa khas, Timbalan Menteri (Datuk) Awang Adek kata sudah bayar wang ehsan.

"Seorang lagi Menteri (Datuk Mustapha Mohamad) pula mengaku dalam DUN, dia yang sekat," kata Tuan Guru Nik Aziz.

Remaja putus cinta telan 80 biji pil


ALOR GAJAH: Hanya kerana tidak dapat menerima hakikat cinta pertamanya terputus di tengah jalan, seorang remaja nekad menelan 80 pil darah tinggi milik ibunya di sebuah kampung dekat sini, Rabu lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, remaja berusia 18 tahun itu ditemui dengan mulut berbuih dan tidak bermaya oleh ibunya sebelum dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan bantuan.

Menurut sumber, remaja lelaki itu yang tinggal dengan ibu selepas kematian bapa sejak setahun lalu dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis berusia 19 tahun.


“Anak bongsu dua beradik itu dikatakan meminta wang belanja daripada ibunya setiap hari bagi menyara teman wanitanya itu.

“Malah, remaja lelaki itu dipercayai pernah mengherdik ibunya yang enggan memberi wang,” katanya, di sini, semalam.


Kata sumber itu, pada hari kejadian remaja lelaki terbabit berada seorang diri di rumah kerana ibunya berada di Pekan Alor Gajah atas urusan tertentu.



Menurutnya, dia dipercayai menelan kira-kira 80 biji pil sakit darah tinggi milik ibunya sebelum ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan dikejarkan ke hospital. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin, berkata siasatan awal mendapati, remaja itu dipercayai gagal dalam percintaan.

“Lelaki itu dipercayai menelan sekali gus kira-kira 80 biji pil darah tinggi milik ibunya sebelum ditemui dalam keadaan mulut berbuih oleh ibunya sendiri.


“Remaja itu dikejarkan ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” 

Thursday, August 2, 2012

Apa Yang lelaki Suka Dan Tidak Suka Pada Wanita


    Lelaki suka:

  1. Wanita yang bersikap kelakar
  2. Berbudi pekerti
  3.  Murah hati
  4. Senyuman manja
  5. Tahu memasak
  6. Pandai dalam menggayakan pakaian
  7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya 
  8. Tidak mudah naik angin
  9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
  10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian
  11. ?Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.?
  12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
  13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi
  14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri
  16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan
  17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
  18. Yang tidak suka berleter
  19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
  20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh
  21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki


                                    

Lelaki tidak suka:

  1. Wanita yang suka mengumpat
  2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
  3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  4. Merokok
  5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
  7.  Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
  8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..
  9. Wanita yang bersikap hipokrit
  10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
  11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki
  12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
  14. Tidak bertanggungjawab langsung
  15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
  16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
  17. Boros berbelanja
  18. Tidak tahu/malas memasak
  19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
  20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.

                                            

Wednesday, March 14, 2012

Cara - cara Untuk Menjadi Anak Solehah

1 ) Mentaati kedua ibu bapa

Anak yang soleh dan solehah ini sentiasa mentaati ibu bapa mereka selagi mana ia tidak terkeluar dari syarak…Kita yang sebagai anak ni adakah sentiasa mentaati kedua ibubapa kita ??? cube kita renung dan muhasabah balik diri kita…adakah kita pernah menaikkan suara di depan mereka ataupun kita pernah menyakiti hati mereka ???
Moga-moga kita tidak tergolong didalam golongan di atas…

Firman ALLAH di dalam surah AL-ISRAA’ ayat yang ke 23 juzuk yang ke 15 yang bermaksud : “ Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA ( ALLAH ) dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ ah “ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka ucapan yang mulia “.

Disini dapat kita melihat betapa untuk kita hendak menjadi anak yang soleh dan solehah perlu mengelakkan diri kita daripada berlaku kasar kepada kedua ibubapa kita apatah lagi meninggikan suara dihadapan mereka ketika mereka sudah lanjut usia…sentiasalah kita berdoa kepada kedua ibubapa kita dengan doa yang setiap kali kita baca selepas selesai solat : “ Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku , kasihani mereka sepertimana mereka mengasihiku dan mendidikku sejak kecil lagi “.amiin…

2 ) Tingkahlaku dijaga dan akhlak dipelihara.

Anak soleh dan solehah sentiasa menjaga tingkah laku daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan diri…apatah lagi melakukan perkara yang boleh mendatangkan malu kepada keluarga…Tidak dinafikan manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa terutama dosa kecil yang kadang kala kita tidak perasaan perkara yang kita buat itu mendatang dosa…tetapi ALLAH itu Maha Pengampun…apabila kita melakukan dosa , cepat-cepat kita beristiqfar dan memohon ampun kepada Yang Maha Esa…Untuk menjadi anak yang soleh dan solehah perlu kita menjaga akhlak kita,kerana akhlak merupakan faktor utama untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, jika akhlak kita tidak dijaga tidak mungkin kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah…

3 ) Amalan dijaga kerana Yang Maha Esa

Anak yang soleh dan solehah perlu menjaga amalan , dan amalan itu adalah semata-mata kerana Yang Maha Esa…Kadang-kadang kita sebagai manusia ini juga ada culas didalam melakukan amalan kepada Allah terutamanya di dalam solat…untuk menjadi anak yang solehah dan solehah perlu mendahulukan perkara yang wajib seperti solat diawal waktu…macam mane kita mahu menjadi anak yang soleh dan solehah jika solat kita tidak dijaga…apabila solat
kita dijaga insyaAllah,amalan – amalan kita akan menjadi lebih teratur…selain itu juga untuk menjadi anak soleh dan solehah ialah perlu menjadikan al-quran sebagai sahabat karib dikala senang dan susah…sentiasa basahi lidah dengan al-quran dan zikrullah…insyaAllah,untuk menjadi anak yang soleh dan solehah ada didalam setiap diri setiap mereka yang bergelar anak.

4 ) Tiada cinta selain cinta kepada Allah, Tiada rindu selain rindu kepada Rasulullah

Cinta merupakan fitrah bagi setiap manusia kerana manusia sememangnya memerlukan pasangan , Bagi anak yang soleh dan solehah, cinta Allah mengatasi cinta segala-galanya…apabila cinta Allah telah bertakhta dihati, cinta kepada Rasulullah adalah cinta seterusnya dan cinta ibubapa selepas itu…tiada istilah couple bagi setiap insan yang belum berkahwin kerana ia adalah nafsu semata-mata…bercinta selepas kahwin adalah nikmat yang paling berharga bagi setiap pasangan itu…oleh itu, bagi pasangan yang telah telanjur bercinta apa kata halalkan perhubungan itu dengan perkahwinan…nak jadi anak soleh dan solehah tak ??? Bila bercinta , mesti ada perasaan rindukan ??? Persoalannya, adakah rindu kita pada Rasulullah lebih lagi ataupun rindu pada kekasih mengatasi segala-galanya ??? Perkara ini sebenarnya tidak dapat dinafikan bilamana kita melihat sendiri anak-anak muda kita bilamana teknologi semakin canggih, perasaan itu boleh diluahkan melalui pelbagai cara seperti di handphone melalui ‘sms’…yahoo messenger dan sebagainya…tetapi kita kena ingat, biarlah rindu pada Rasulullah mengatasi segala-galanya…itulah ciri-ciri ingin menjadi anak soleh dan solehah.

5 ) Kasih sayang hanya pada ibubapa, Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi…

Anak soleh dan solehah perlu meletakkan kasih saying ibubapa yang paling utama daripada kasih sayang selain mereka kerana tanpa mereka tidak mungkin kita dilahirkan kedunia ini.Kita boleh melihat pengorbanan seorang ibu yang menanggung keperitan dan kepayahan mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari.Ibu jugalah yang sanggup bersengkang mata apabila anak tidak tido malam apatah lagi jika anak itu sakit,ibu jugalah yang akan menjaga kita.Jadi betapa kita wajib memberikan kasih sayang kepada ibu kita.Bapa juga tidak kurangnya,mencari rezeki untuk memberi makan kepada anak-anak dan menghantar anak-anak untuk menuntut ilmu.Apakah kita tidak merasakan betapa besar pengorbanan bapa kepada setiap anak…

Guru merupakan ibubapa kedua kita apabila berada disekolah…tiada guru yang mengajar anak murid mereka untuk bersikap biadap apatah lagi mengajar perkara – perkara yang tidak berfaedah…mereka semua mahu anak-anak murid mereka berjaya dan menjadi insan yang berguna untuk keluarga dan masyarakat..itulah sifat bagi seorang anak soleh dan solehah iaitu mengasihi dan menghormati guru-guru.

Anak soleh dan solehah juga perlu mengasihi teman-teman, tetapi sebelum itu biarlah mencari teman yang memberikan faedah kepada kita dengan saling ingat mengingati antara satu sama lain…bukan sekadar kawan biasa…sanggup berkorban dikala susah dan senang…itulah sebaik-baik teman…

Pesanan untuk anak lelaki

Buat anak lelaki…tanggungjawab sebagai anak lelaki lebih besar daripada anak perempuan…kerana apabila seseorang bapa telah kembali bertemu dengan Maha Pencipta, maka anak lelakilah yang perlu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga…menjaga ibu dan keluarga…Oleh itu,apa yang perlu anak lelaki buat adalah, perlu mendalami ilmu terutama ilmu agama…jika kita melihat pada zaman sekarang, apabila berlaku kematian keluarga, terutama ibu bapa, ada anak-anak yang telah menswastakan untuk menguruskan jenazah ibu bapa mereka, anak-anak hanya perlu membayar…ini bukanlah ciri-ciri dan sifat-sifat anak yang soleh dan solehah…justeru itu perlulah anak lelaki perlu mendalami ilmu agama…anak lelaki juga perlu menjadi imam didalam solat sekiranya ibubapa suruh, bilamana solat berjemaah dirumah, keakraban dan kebahagian dalam keluarga itu terpancar…anak lelaki juga perlu menjaga dan membimbing keluarga terutama yang ada kakak atau adik perempuan…tanggungjawab anak lelaki adalah memastikan mereka ini menjaga aurat dan batas-batas pergaulan.


Pesanan untuk anak perempuan

Buat anak perempuan, tanggungjawab anda tidaklah seberat tanggungjawab anak lelaki, tetapi tidaklah anda sebagai anak perempuan mengambil kesempatan daripada itu…anak perempuan perlu menjaga aurat dan batas pergaulan mereka…dari segi aurat, anak perempuan perlu melabuhkan tudung hingga ke dada dan tidak memakai pakaian yang menjolok mata ataupun pakaian yang ketat…sesungguhnya bilaman seorang anak perempuan itu melakukan dosa , bukan sahaja diri sendiri yang menanggung dosa, tetapi bapa juga menanggung dosa anak perempuan itu…apakah anda tidak ada rasa kasih sayang kepada seorang bapa??? Amat kejam kepada mereka yang melakukan perkara sedemikian…ingatlah, sesungguhnya amat mudah mereka yang bergelar wanita itu untuk masuk syurga dan amat mudah juga untuk masuk ke neraka…ambillah untuk mudah masuk syurga dengan sentiasa mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya…untuk memilih calon suami, carilah calon suami yang bukan sahaja tahu asas dalam agama tetapi mampu membimbing seorang isteri…yang boleh menjadi imam dalam keluarga, dan mampu bertanggungjawab dalam keluarga….

“ Anak soleh dan solehah sebagai harta, hai ibubapa kami pertama anda, tidak jemu berdoa , agar sejahtera terpelihara”.

Monday, February 13, 2012

Teknik Belajar Berkesan


Panduan Teknik Belajar Secara Berkesan 

KAEDAH-KAEDAH BELAJAR

JARANG-JARANG diketahui oleh sesetengah pelajar bagaimana kejayaan menyusuli setiap usaha dan ketekunan mereka.

Tidak diketahui pula bagaimana harus memulakan usaha supaya apa yang dilakukan itu akan memberi hasil yang baik dan memuaskan. Ya ! setiap orang harus memikirkan soal ini.

Walaupun cara mentelaah pelajaran yang baik tidak sama pada setiap orang dan mengikut jenis pelajaran tetapi ada prinsip-prinsip umum yang dapat diamalkan.

Sebenarnya kejayaan di dalam pelajaran tidak sahaja bergantung kepada kebolehan dan kekuatan berusaha. Tetapi ia juga bersandar pada cara atau teknik belajar. Tidak dinafikan bahawa sesetengah pelajar itu dapat melakukan sesuatu dengan mudah dalam masa-masa yang tertentu dengan kebolehan dan kemampuan dirinya. Tetapi bukanlah faktor yang utama yang menafikan faktor yang lain.

Keterangan-keterangan berikut mengandungi punca-punca yang akan membantu kejayaan seseorang itu :

(a) Kecerdikan dan kebolehan yang istimewa .............. 50 - 60 %
(b) Kesungguhan , minat dan cara-cara mentelaah yang memberi
kesan ............................ 30 -40 %
(c) Nasib dan faktor persekitaran .................................. 10 - 15 %


Kebolehan sebenarnya dapat menolong seseorang ke arah kejayaan itu tetapi kebolehan sahaja tidaklah memadai. Ramai di antara pelajar yang bijak kecewa terutama dalam subjek-subjek yang sukar seperti Matematik dan Sains. Sebab utamanya para pelajar tidak merangkumi keseluruhan teknik yang diperlukan atau tidak pernah memikirkan cara-cara untuk belajar dengan berkesan. Umpamanya rancangan dengan jadual belajar .

JAWABLAH SOALAN-SOALAN BERIKUT DENGAN IKHLAS :
1. Adakah kamu mempunyai rancangan jadual melakukan sesuatu
setiap hari ? Ya / Tidak
2. Kalau benar adakah kamu mematuhinya ? Ya / Tidak

3. Adakah kamu menghadapi sebarang masalah apabila hendak
memulakan study kamu ? Ya / Tidak

4. Adakah kamu memulakan pelajaran tepat pada
waktunya ? Ya / Tidak

5. Adakah kamu berasa tugas anda menarik ? Ya / Tidak

6. Adakah kamu berbincang tentang sesuatu perkara yang telah
dibaca bersama-sama orang lain ? Ya / Tidak

7. Pernahkah kamu bertanya apa yang kamu kurang faham atau tidak
mengetahuinya ? Ya / Tidak 

8. Pernahkah kamu membuat kajian sepintas lalu dahulu sebelum
membaca dengan teliti ? Ya / Tidak

9. Adakah kamu tidak memberi perhatian kepada jadual dan rajah
semasa membaca ? Ya / Tidak

10. Adakah kamu menyimpan nota-nota mengenai satu pelajaran di
tempat yang sama ? Ya / Tidak

11. Adakah kamu membuat catatan,rajah,jawapan dan sebagainya
daripada apa yang dibaca dalam
perkataan sendiri ? Ya / Tidak

12. Adakah kamu bersedia untuk peperiksaan sehingga
l arut malam ? Ya / Tidak

13. Adakah kamu mendapat tidur atau kerehatan
yang cukup ? Ya / Tidak

14. Adakah kamu dapat markah yang rendah jika ujian dibuat
secara tidak disangka-sangka ? Ya / Tidak

JAWAPAN :
1. Ya 8. Ya
2. Ya 9. Tidak
3. Tidak 10. Ya
4. Ya 11. Ya
5. Ya 12. Tidak
6. Ya 13. Ya
7. Ya 14. Tidak
Kamu dapat membuat kesimpulan yang tersendiri sejauh mana kemajuan yang telah kamu perolehi. Atau adakah pertanyaan-pertanyaan di atas itu telah terjawab dan kamu telahpun mengamalkannya?

Jika anda gagal dalam banyak ujian di atas maka fikirlah segera cara membaikinya.

Adakah hidup kamu benar-benar dirancang? Cuba analisis diri dengan berpandukan jadual berikut :

Kegiatan / Lama Yang Sepatutnya 
Tidur / 6 - 7 jam 
Makan / 1 jam 15 minit 
Mengikuti kelas@pejabat / 6 jam
Belajar / 4 jam 
Kelab,persatuan,sukan / 2 jam
Aktiviti-aktiviti sosial /1 jam
Perjalanan / 1 jam
Lain-lain pekerjaan yang perlu / 1 jam
Jumlah / 24 jam
Masa belajar setiap hari mesti tidak kurang 4 jam. Jika tidak dapat dicapai maka kamu mesti berfikir secara serius, kenapa? Munginkah kerana tidur dan berbaring-baring atas katil melebihi 8 jam? Atau mungkin juga akiviti sosial dan lain-lain pekerjaan yang perlu memakan masa lebih daripada 2 jam. Umpamanya berbual-bual kosong, menonton TV atau mandi yang terlalu lama.

Ingatlah "masa itu emas". Sekiranya ia berlaku kamu tidak dapat memilikinya lagi. Mengikut kata pujangga "Hari kelmarin sudah pun pergi, hari ini pasti ada ; hai esok belum tentu bahagia". Jadi kita mesti gunakan masa yang pasti ada ini untuk menyediakan hari esok yang akan tiba. Gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya. Setiap kesempatan mesti digunakan untuk belajar.

Biasakan diri dengan tabiat membaca umpamanya sementara menunggu bas, semasa di kantin, semasa membuang air besar dan lain-lain.

Pendek kata dunia kamu adalah buku dan kamu mestilah menumpukan sepenuhnya pada pelajaran.

Kelulusan kamu sama ada peringkat cemerlang (Distinction) kepujian (credit) atau lulus (pass) bergantung kepada pemusatan fikiran dan perhatian yang diberikan. Kalau kamu bertekad mendapat Pangkat A1 atau A2, kamu mestilah mencurahkan tenaga dan masa seperti orang yang mahu mendapatkan pangkat lebih daripada A1. Dan kalau kamu ingin mendapat kepujian (katakan C6) curahkan tenaga untuk mendapatkan A2. Ringkasnya curahkan tenaga berkali-kali ganda lebih banyak atau tinggi daripada apa yang dicita-citakan.

Anda harus mempunyai rasa tanggungjawab dan disiplin diri. Orang yang bertanggungjawab akan berusaha besungguh-sungguh agar lulus dengan baik. Dia sedar akan maruahnya .

Masalah besar yang dihadapi oleh kebanyakkan pelajar ialah godaaan (ancaman) pengaruh luar seperti kawan, permainan, kelab, hiburan dan seumpamanya . Semua ini akan berjaya mematahkan semangat dan memesongkan haluan kamu jika azam kamu tidak kuat , matlamat tidak bulat dan padu.

Segala usaha dan ikhtiar kan dibalas baik jika dilakukan dengan betul dan bersungguh-sungguh. Ucapkan nama Tuhan sebelum memulakan sesuatu

TEKNIK-TEKNIK BELAJAR

Teknik-Teknik belajar yang kamu mesti praktikkan ialah :

a. Keadaan tempat duduk bilik atau seumpamanya mesti sesuai . Belajar secara duduk tegak lebih baik daripada
   
    berbaring atau bersandar.

b. Semasa membaca , pen mesti ada di tangan bagi mewujudkan suasana yang serius . Semasa membaca kamu
    harus mencatat atau melukis sesuatu yang penting.
c. Sebaik-baiknya baca semua sekali mengenai sesuatu tajuk, bukannya secara berperingkat-peringkat.  
   Umpamanya sajak, esei dan lain-lain.
d.Cari perkataan kunci (key word) yang terdapat dalam ayat atau perenggan yang dibaca.Perkataan-perkataan ini
   harus diulangi sebutannya supaya dapat dirasakan maknanya dan dengan itu lebih difahami dan melekat dalam
   ingatan. Catatan atau nota ringkas amat penting terutama di waktu hampir peperiksaan. Ia membolehkan ulang
   kaji dibuat dalam masa yang singkat tetapi meliputi semua pelajaran yang dipelajari dalam masa 1 tahun.


TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS

BERIKUT disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :
  1. Pilih satu tajuk dan baca nota.
  2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
  3. Baca dan garis fakta.
  4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
  5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
  6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
  7. Susun fakta ( jika perlu ).
  8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
  9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
  10. Ulang hingga kamu puas hati.
  11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.
  12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
  13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.
Kunci kejayaaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.

Cara-caranya ialah :
  • Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan asal.
  • Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting sahaja.
  • Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.
  • Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
  • Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.

TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR

JADUAL belajar amat perlu . Ia merupakan satu aspek pengurusan masa. Ia adalah satu ikatan atau disiplin diri, untuk memanfaatkan masa yang terluang. Setelah ditolak masa di sekolah, masa tidur, masa bersukan, masa makan, masa tuisyen ( atau kelas tambahan ) dan lain-lain.

Jadual belajar juga merupakan alat pembahagian di antara semua mata pelajaran yang perlu diberi perhatian. Pembahagian tersebut berdasarkan kepentingan mata pelajaran dan juga kelemahan setiap calon. Jadi jumlah masa belajar untuk setiap mata pelajaran berbeza-beza.

Langkah pertama dalam membuat jadual belajar ialah tetapkan masa belajar. Contohnya

Hari Ahad          : 9.00 pagi - 10.00 pagi
                        : 10.30 pagi - 12.00 tengah hari
                        : 2.00 petang - 3.30 petang
                        : 3.30 petang - 5.00 petang
                        : 8.30 malam - 10.00 malam
                        : 10.00 malam - 11.30 malam

Hari Isnin           : 2.30 petang - 4.00 petang
                        : 4.00 petang - 5.30 petang
                        : 8.30 petang - 10.00 malam
                        : 10.00 malam - 11.30 malam

Langkah kedua, ialah mengagihkan kekerapan setiap mata pelajaran, berdasarkan keentingan dan kelemahan diri.

Contohnya :
  1. Matematik - 4 kali seminggu
  2. Bahasa Inggeris - 2 kali
  3. Sejarah - 4 kali
  4. dan seterusnya
Langkah ketiga, ialah menyediakan jadual yang menggabungkan masa belajar dan agihan mata pelajaran yang disebut di atas.

PERINGATAN :
  • Oleh kerana masa yang boleh digunakan untuk belajar , berbeza mengikut hari , maka jadual belajar perlu dibuat berasingan. Iaitu setiap hari.
  • Masa untuk tidur malam yang sebaik-baiknya ialah antara 11.30 malam hingga 6 .00 pagi.
  • Masa belajar 1 jam 30 minit yang diberi di atas hanya contoh sahaja. Ia boleh dikurangkan kepada 40 minit atau 75 minit atau sebagainya .
  • Pematuhan kepada jadual, tidak semestinya 100%, kerana pelajar mungkin terpanggil untuk sesuatu tugasan tertentu sama ada yang diperlukan oleh sekolah atau keluarga.

TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN

SEBAGAI calon peperiksaan rasmi sama ada STPM, SPM, PMR mahupun UPSr, kamu tidak seharusnya bersikap tidak kisah terhadap pelajaran. Persediaan awal perlu dibuat sebaik sahaja sekolah dibuka. Kamu sepatutnya sudah mula membuat nota.

Nota ialah catatan-catatan yang kita ambil dan kita sediakan daripada pelbagai sumber untuk tujuan ulang kaji. Sumber-sumber itu boleh diperoleh daripada buku teks, buku rujukan, perbincangan berkumpulan, pengajaran guru ataupun ceramah. Dari situ, kita mengambil isi-isi penting untuk diingat atau difahami.

Adakah kamu menyediakan nota sendiri sejak awal lagi? Bagaimana bentuk nota kamu? Banyak sebab mengapa kita mesti mempunyai nota - yang kita tulis sendiri, kita sediakan sendiri, kita susun sendiri, dan kitalah pengarangnya. Membuat nota sendiri perlu dilakukan secara berterusan setiap hari, tidak semestinya menjelang peperiksaan saja.

Cuba kamu ikut contoh Fazley, seorang penyanyi yang memperoleh 8A1 dalam SPM. Dengan keputusan yang cemerlang itu telah melayakkannya melanjutkan pelajaran ke Victoria University, Welllington, New Zealand dalam bidang Perdagangan dan Pentadbiran. Tentu kamu tertanya-tanya , bagaimana dia boleh skor A dalam setiap mata pelajaran yang telah diambilnya. Fazley mula membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat lagi. Jika kamu mahu mengikuti jejak langkahnya, ayuh ... jangan bertangguh ... mulakan dari sekarang. Mari ikut teknik Fazley.

LANGKAH PERTAMA

Fazley menggunakan 12 batang pen berlainan warna termasuk beberapa batang highlighter sebagai persediaan membuat nota kecil. Sebenarnya, kamu boleh menggunakan kurang atau lebih daripada jumlah pen itu. Terpulang kepada kemampuan dan keselesaan kamu.

LANGKAH KEDUA

Mula membaca buku teks dan buku rujukan. Sambil membaca, kata kunci atau kata penting diwarnakan. Pada masa yang sama, fahamkan betul-betul maklumat yang dibaca. Bacalah mengikut bab atau topik. Tidak perlu baca banyak perkara. Yang penting kamu faham, kemudian baru buat nota.

LANGKAH KETIGA

Sehelai kertas bersaiz A4 dilipat kepada empat bahagian atau kolum

LANGKAH KEEMPAT

Mula menulis nota mengikut kolum . Setiap kolum boleh dibahagikan kepada dua bahagian (subtopik) untuk satu bab ataupun kamu boleh jadikan keempat-empat kolum itu untuk satu bab sahaja. Di sebelah belakang kertas itu pula satu bab yang lain. Gunakan pen yang berlainan warna. Nota dicatat seringkas-ringkasnya agar dapat meningkatkan tahap ingatan.

LANGKAH KELIMA

Setelah kata kunci ditulis, gunakan highlighter untuk tajuk dan perkara-perkara yang penting. Pastikan kamu gunakan warna yang selari untuk semua nota supaya fikiran kamu tidak keliru. Misalnya, jika warna kuning untuk isi-isi penting, maka gunakan warna yang sama untuk subjek lain pula. Contohnya, tarikh penting - warna merah, nama tokoh - warna biru.

LANGKAH KEENAM

Setelah nota disiap ditulis, kamu boleh menghafalnya. Jangan lupa untuk meninggalkan sedikit ruang untuk menambah isi penting apabila guru mula mengajar.

LANGKAH KETUJUH

Ambil sampul surat panjang. Tuliskan mata pelajaran. Kemudian, masukkan nota itu mengikut mata pelajaran. Bawalah nota itu ke mana-mana . Jika ada masa terluang , silalah baca .

Untuk subjek yang melibatkan pengiraan seperti Matematik, Fazley menasihatkan pelajar agar menyediakan sebuah buku khas untuk membuat latihan pengiraan. Latihan perlu dibuat selalu agar pelajar biasa dengan corak soalan. Fazley berpendapat bahawa subjek Matematik memerlukan pelajar merangka jalan penyelesaian yang betul secara sistematik. Jalan penyelesaian yang betul akan menemukan jawapan yang tepat dan mendapat markah yang baik.

Menurut Fazley, dia akan membawa nota tersebut ke mana-mana sahaja. Misalnya, ketika menunggu bas, dia tidak perlu membawa buku tebal, tetapi hanya membaca nota kecil itu. Fazley turut mengingatkan para pelajar agar membawa nota yang dibuat tanpa menunggu hari peperiksaan.

Kaedah di atas adalah berdasarkan pengalaman Fazley sendiri. Sebenarnya, ada banyak lagi teknik belajar mengikut keselesaan kamu. Belajar awal dan membuat nota pada peringkat awal dapat menimbulkan semangat yakin pada kebolehan diri dan kamu akan merasakan bahawa diri kamu telah cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan ketika pelajar lain baru hendak membuat persediaan. Dengan cara ini kamu mempunyai stamina untuk mengulang kaji semua mata pelajaran yang telah kamu buat mengikut kesesuaian kamu.

PETA MINDA

Kaedah membuat nota jenis peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan . Kaedah ini lebih menitikberatkan grafik dan kata kunci. Kaedah ini lebih efektif berbanding dengan kaedah biasa kerana kita dapat menyeimbangkan pengguanaan otak kiri dan otak kanan. Di samping itu, peta minda merupakan kaedah yag berkesan untuk mendapatkan semuala makluat daripada ingatan untuk ditukarkan kepada bentuk yang boleh dilihat.

Peta minda boleh membantu kamu mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman. Melalui peta minda, kamuberhubung secara aktif dengan maklumat dalam ingatan kamu seoalah-olah kamu berbicara dengan daya ingatan kamu sendiri. Segala maklumat yang kamu susun dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan secara tepat dan mudah difahami.


PERSEDIAAN MEMBUAT PETA MINDA
  • Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) , duduk tegak, dan pernafasan biarlah betul
  • Tingkatkan konsentrasi. Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar
  • Baca teks keseluruhan, terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk , kesimpulan , soalan / latihan , gambar rajah dan carta
  • Baca keseluruhan teks dengan laju
  • Baca dengan sederhana laju dan tandakan fakta-fakta penting
  • Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk yang hendak dimasukkan ke dalam peta minda
  • Bina peta minda

KAEDAH MEMBUaT PETA MINDA
  • Mula membuat peta minda di bahagian tengah kertas
  • Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan berbeza supaya lebih menarik
  • Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili tajuk utama tersebut. Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah mengingatinya
  • Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah . Kembangkannya dengan cara melebar ke tepi
  • Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut . Gunakan simbol
  • Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kamu masukkan. Gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan kamu mengingatinya
  • Kembangkan ranting utama ke ranting kecil mengikut fakta. Jika boleh , kamu gunakan warna yang berbeza antara ranting-ranting kecil ini
NOTA ISTILAH

Nota istilah digunakan untuk menyalin istilah-istilah sukar , difinisi , atau formula di atas kad atau kertas . Nota istilah ini boleh digunakan sebagai bahan untuk mengulang kaji tanpa mengira masa dan tempat .

KAEDAH MEMBUAT NOTA ISTILAH
  • Baca topik dengan teliti
  • Tandakan istilah , formula atau definisi-definisi yang penting
  • Catatkan istilah , formula atau definisi di atas kertas . Gunakan kertas keras dan pen berwarna untuk menjadikan nota tersebut menarik dan tahan lama
  • Nota yang dicatat hendaklah ringkas dan padat . Kamu boleh guna ringkasan perkataan atau simbol seperti yg , dgn , cth , & . Lihat contoh

Subjek : Sejarah Dunia (tingkatan 4)
Tajuk : Dari Gua ke Perkampungan Awal (bab 1)
1 . Zaman Paleolitik
  • Manusia hidup berpindah-randah - dlm kelompok yg kecil
  • Mencari sumber makanan - tumbuhan liar
  • Memburu binatang - dimkn
  • Tidak tinggal tetap di sesuatu tempat
  • Tinggal - di dlm gua - di bwh ranting-ranting yg ditutup dgn rumput-rampai
  • Peralatan harian - diperbuat drp batu & tulang

NOTA GAMBAR RAJAH
Nota gambar rajah dapat memberikan gambaran yang menyeluruh tentang sesuatu topik yang dipelajari . Kaedah ini dapat membantu mengimbas kembali topik yang sedang diulang kaji . Gambar rajah atau carta penting , bolehlah kamu salin daripada nota , buku teks atau buku rujukan . Gunakan pen berwarna untuk menjadikan nota gambar rajah ini lebih menarik . Kamu bebas untuk memilih bentuk gambar rajah .

KAEDAH MEMBUAT NOTA GAMBAR RAJAH
  • Tenangkan hati dan pasang niat untuk belajar . Bacalah doa (bagi pelajar Islam) , duduk tegak , dan pernafasan biarlah betul
  • Tingkatkan konsentrasi . Pastikan suasana tenang , hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar seperti bunyi bising
  • Baca teks keseluruhan , terutama tajuk penting , pendahuluan , subtajuk , kesimpulan , soalan/latihan , gambar rajah dan carta .
Ketika mencatat nota , hubungan pelajar dengan guru perlu dijaga . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru . Jadi , kamu harus bertanya kepada guru jika kamu tidak faham tentang sesuatu fakta . Faktor ini penting untuk mengelakkan kamu mencatat nota yang tidak perlu atau tidak penting . Bertanyalah kepada guru tentang fakta-fakta penting yang erlu diberi penekanan dalam proses pembelajaran . Guru yang prihatin biasanya akan cuba memberikan seberapa banyak bahan yang boleh selain buku teks .

Belajarlah menulis nota dari sekarang kerana nota menjadi suatu rekod yang kekal dan amat penting untuk tujuan mengulang kaji dan pembelajaran semula . Cuba ingat nota-nota penting dalam minda kamu kerana kesemua nota yang baik dan sempurna merupakan pasport kejayaan kamu dalam peperiksaan.